RIM Mengesahkan BlackBerry PlayBook Akan Menyokong Aplikasi Android

RIM Mengesahkan BlackBerry PlayBook Akan Menyokong Aplikasi Android

Diterbitkan pada Mac 25, 2011 oleh .

Sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, kini secara rasminya RIM telah mengesahkan yang mana BlackBerry PlayBook kelak akan menyokong aplikasi yang dibangunkan untuk Google Android. RIM juga pada masa yang sama mengatakan, semua peranti baru BlackBerry yang berasaskan QNX kelak akan menyokong aplikasi Android padanya.

Pada masa yang sama, RIM turut sama menyediakan beberapa aplikasi khas untuk para pembangun aplikasi Android, untuk mengubah aplikasi mereka untuk BlackBerry dengan mudah, dan melaluinya, aplikasi tersebut juga akan disertakan dalam BlackBerry App World kelak.

Nampaknya, kini para pengguna mungkin akan tertarik kembali untuk menggunakan pelbagai peranti baru BlackBerry, dengan tablet pertama mereka BlackBerry PlayBook dijangka akan dilepaskan pada 19 April ini.


TIPS & ULASAN