Cari @ Amanz

Nampaknya, dunia akhbar tempatan kita mungkin akan beralih kepada versi digital tidak lama lagi. Selepas The Star memperkenalkan aplikasi iPad mereka sebelum ini, kini Harian Metro bakal melakukan perkara sama, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan aplikasi iPad mereka seawal hari esok.


Harian Metro Versi iPad [via]

Buat masa ini, aplikasi Harian Metro sedang menunggu untuk disertakan oleh Apple pada AppStore terlebih dahulu, sebelum ianya boleh dimuat-turun oleh semua pengguna iPad secara percuma. Namun begitu, apa yang akan membezakannya dengan versi cetak adalah dimana versi iPad kelak tidak akan menyertakan semua berita didalamnya.

Harian Metro versi iPad kelak hanya akan menyertakan beberapa berita sahaja, iaitu yang dipilih oleh pengarang sahaja, termasuk berita setempat, ekonomi, hiburan, sukan dan juga sedikit berita daripada sisipan Variasi. Sebagai tambahan, untuk pengguna iPad, mereka akan dapat melihat lebih banyak gambar berbanding versi cetak dan web itu sendiri.

Aplikasi iPad Harian Metro dijangka akan dapat dimuat-turun oleh para pengguna seawal hari esok, dan edisi baru Harian Metro versi iPad akan dikeluarkan setiap hari, kecuali pada hari Ahad sahaja. Buat masa ini, masih tiada sebarang perancangan untuk mengenakan bayaran untuknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd