Cari @ Amanz

7Panduan Melancarkan Laman Diskaun Pembelian Berkumpulan

Oleh Aman

Link Copied!

Dunia diskaun untuk pembelian berkumpulan kini tampak lebih meriah dengan penyertaan lebih banyak nama-nama besar. Terkini adalah laman SuperDeals, yang mana dibangunkan oleh 7Panduan, salah satu syarikat usahasama daripada Star Publications dan juga Singapore Press. Laman SuperDeals ini telah dilancarkan kepada umum pada bulan Mac ini dan mempunyai pengguna aktif mereka yang tersendiri.

Sama seperti laman-laman pembelian berkumpulan yang lain, SuperDeals masih lagi menumpukan perhatian kepada pasaran di Lembah Klang, dimana mereka menawarkan diskaun sehingga 90% bagi setiap pembelian.

Bagi yang tidak mengenali 7Panduan, ianya telah dimulakan pada tahun 2008, dimana mereka menyediakan perkhidmatan direktori atas talian, membolehkan para pengguna dan usahawan tempatan menyenaraikan padanya untuk menerima impak yang lebih meluas lagi. Dengan direktori yang berjaya, kini mereka menceburi bidang pembelian berkumpulan, dan berkemungkinan besar, ianya akan menjadi mudah untuk mereka untuk mendapatkan pelbagai diskaun, tanpa perlu mencarinya dengan sukar.


Komen ()