Cari @ Amanz

Dengan Chrome Beta mencapai versi 11 sebelum ini, kini saluran pembangun Google Chrome telah pun menerima kemaskini pelayar web terkini, iaitu Chrome 12. Menurut pembangunnya, Chrome 12 memperkenalkan kemasan kod, dan banyak lagi perkara baru pada belakang latarnya.

Salah satu fungsi baru yang didatangkan bersama-sama Chrome 12 versi pembangun adalah kebolehan untuk memilih lebih daripada satu tab, dan menguruskan aktivit padanya dengan mudah. Kini, melaluinya, anda boleh memilih lebih daripada satu tab dengan menekan butang Chrome, dan melalukan pelbagai perkara, termasuk “Refresh” dan sebagainya dengan mudah dan pada masa yang serentak.

Bagi yang melanggan saluran pembangun Google Chrome, anda akan dikemaskini secara automatik kepada versi terkini, manakala pengguna yang ingin menggunakan Chrome versi pembangun, boleh melanggannya dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd