Terato Tech Melancarkan Aplikasi Forest Fables

Terato Tech Melancarkan Aplikasi Forest Fables

Diterbitkan pada Mac 25, 2011 oleh .

Dengan kemenangan usahawan muda paling berjaya semalam, kini Terato Tech memperkenalkan sebuah aplikasi baru untuk para pengguna iPad, iaitu Forest Fables. Melalui aplikasi Forest Fables, ianya membawakan pelbagai cerita-cerita rakyat terbaik daripada Timur, yang amat sesuai untuk bacaan seisi keluarga.


Antaramuka Aplikasi Forest Fables Daripada Terato Tech

Antara cerita-cerita rakyat yang didatangkan bersama-sama Forest Fables adalah termasuk kisah Sang Kancil dan Buaya, dan juga Kisah Gagak dan Merpati. Buat masa ini, terdapat lebih tiga tajuk yang didatangkan bersama-sama dengan Forest Fables, dan banyak lagi dijangka akan diperkenalkan dalam masa akan datang.

Bagi yang masih tidak mendapat idea Forest Fables, ianya merupakan salah satu produk buku digital, dimana setiap kisah didatangkan bersama-sama dengan audio dalam bahasa English dan Bahasa Melayu, dan ianya dipersembahkan bersama-sama grafik yang amat menarik sekali.

Forest Fables boleh dimuat-turun secara percuma daripada iTunes, dan ianya didatangkan bersama-sama kebolehan untuk membeli kisah-kisah baru terus melalui aplikasi Forest Fables. Setiap kisah ditawarkan pada harga cuma $1.99, manakala kisah Gagak bersama-sama Merpati ditawarkan secara percuma buat masa ini.


TIPS & ULASAN