Xperia Arc Di Pra-Tontonkan Di Malaysia

Xperia Arc Di Pra-Tontonkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 26, 2011 oleh .

Hari ini, Sony Ericsson Malaysia bersama-sama dengan kumpulan Mobile Fest telah mengadakan pra-lihat Sony Ericsson Xperia Arc, yang mana bakal mula dijual di Malaysia tidak lama lagi. Sony Ericsson Xperia Arc sebelum ini telah diperkenalkan oleh Sony pada awal tahun ini, membawakan Android 2.3 sebagai sistem operasinya.


Xperia Arc Diperlihatkan Di Malaysia [via]

Xperia Arc ini kelak akan dijual dalam dua warna berlainan, iaitu Silver dan juga Moonlight Blue. Buat masa ini, tarikh dan harga jualannya masih belum diketahui lagi. Namun begitu, menurut pihak Sony Ericsson Malaysia, harganya kelak akan mengejutkan pelbagai pihak. Berkemungkinan besar kita akan dapat melihat harga dibawah RM2000.


Sony Ericsson Xperia Arc [via]


Xperia Arc Biru dan Silver [via]


Kabel HDMI Pada Xperia Arc [via]

Secara ringkasnya, Xperia Arc membawakan skrin seluas 4.2-inch, dengan resolusi 854×480. Ianya juga amat ringan dan nipis, selain turut sama membawakan skrin dengan teknologi Bravia. Xperia Arc turut sama membawakan kamera 8.1 megapixel dengan kebolehan rakaman HD, serta menariknya, ianya turut didatangkan dengan kabel mikro-HDMI, membolehkan anda menyambungkannya pada TV, dan menikmatinya pada skrin besar.


TIPS & ULASAN