Harian Metro Versi iPad Kini Aktif Sepenuhnya

Harian Metro Versi iPad Kini Aktif Sepenuhnya

Diterbitkan pada Mac 26, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, hari ini secara rasminya Harian Metro mula memperkenalkan akhbar digital mereka versi iPad, dimana para pengguna iPad boleh menikmatinya secara percuma, selain turut boleh mengakses kepada lebihan info, dan berita yang diperkaya (dalam bentuk video dan gambar).

Aplikasi Harian Metro untuk iPad ini telah boleh didapati daripada iTunes sejak pertengahan bulan yang lalu, namun Harian Metro baru sahaja mula mengeluarkan akhbar digital mereka padanya. Padanya, para pengguna boleh terlebih dahulu pra-lihat sesuatu akhbar digital, dan sekiranya berminat boleh memuat-turun versi penuhnya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Harian Metro tidak menyertakan keseluruhan berita pada versi cetak mereka pada versi iPad. Selain daripada itu, ianya juga dapat dilihat yang mana versi iPad ini disokong iklan, sebagai ganti kos membolehkannya diedarkan secara percuma.

Selain daripada Harian Metro, sebelum ini The Star telah memperkenalkan aplikasi akhbar mereka dalam bentuk digital dalam versi iPad. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak akhbar memperkenalkan versi iPad mereka sepanjang tahun ini.


TIPS & ULASAN