Firefox 4.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali

Firefox 4.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali

Diterbitkan pada Mac 26, 2011 oleh .

Muat-turun Firefox 4.0 masih lagi aktif, dimana kini angka muat-turun keseluruhan Firefox 4.0 telah pun melangkaui angka 30 juta, dan ianya masih lagi aktif dimuat-turun diseluruh dunia. Mozilla sebelum ini secara rasminya telah melancarkan Firefox 4.0 pada 22 Mac yang lepas, menyaksikan lebih 7 juta muat-turun dalam 24 jam pertama.

Buat masa ini, secara purata, Firefox 4.0 sedang dimuat-turun dengan kadar 4,500 muat-turun setiap minit, dan masih lagi sedang hangat dibincangkan pada laman-laman sosial, termasuk Twitter dan Facebook.

Seperti sedia maklum sebelum ini, Firefox 4.0 membawakan pelbagai perkara baru, termasuk antaramuka yang baru, kebolehan sync antara peranti, prestasi dan sekurit yang dipertingkatkan, dan banyak lagi perkara baru. Para pengguna boleh memuat-turun Firefox 4.0 secara percuma untuk Windows, Linux dan Mac OS X, serta mengikuti perkembangan statistik semasa muat-turun melalui glow.mozilla.org.


TIPS & ULASAN