Windows 8 Bakal Menyertakan Fungsi Kembalikan Windows Ke Pemasangan Asal

Windows 8 Bakal Menyertakan Fungsi Kembalikan Windows Ke Pemasangan Asal

Diterbitkan pada Mac 27, 2011 oleh .

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana Windows 8 akana membawakan kebolehan untuk mengembalikan pemasangan sistem operasi anda kepada asal, sama seperti mana anda memasangnya pada pertama kali, dengan hanya klik pada satu butang sahaja. Menariknya, kini perkara ini disahkan dengan paparan skrin kebolehan tersebut.


Fungsi Restore Factory Settings Pada Versi Pembangunan Windows 8 [via]

Imej paparan skrin yang dikeluarkan oleh Win7China.com memperlihatkan yang mana Windows 8 akan menyokong fungsi kembalikan pemasangan Windows seperti asal, dimana semua aplikasi dan perisian akan dibuang, serta anda masih boleh mengekalkan akaun pengguna anda, dengan beberapa fail untuk simpanan.

Fungsi ini semestinya akan amat diminati oleh para pengguna Windows, sekaligus memudahkan mereka mengembalikan sistem operasi mereka kepada asal sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, seperti diserang trojan, malware dan sebagainya.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah Windows 8 akan dilancarkan, dengan ura-ura memperkatakan yang mana ianya akan dilancarkan sekitar bulan Januari 2013. Namun begitu, beberapa pihak turut sama memperkatakan yang mana ianya mungkin dilepaskan seawal tahun 2012 kelak.


TIPS & ULASAN