Nampaknya, seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini pihak Mozilla sudah pun aktif membangunkan pelayar web versi akan datang mereka. Terkini, pada pelayan Mozilla, mereka sudah pun mengeluarkan versi pembangunan Firefox 4.2 Pra-Alpha sejak dua hari yang lepas.
Buat masa ini, ianya dijangka akan yang mana Firefox 4.2 tidak akan membawakan sebarang perubahan drastik, dan akan lebih kepada mengatasi masalah pepijat yang dikenal pasti pada Firefox 4.0. Berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat pelbagai perkara baru pada Firefox 5.0 kelak.
Sebelum ini, Mozilla telah pun memperlihatkan draft jadual pembangunan mereka, dimana pembangunan Firefox akan dipercepatkan, membolehkan Mozilla mengeluarkan Firefox 5.0, 6.0 dan 7.0 pada tahun ini.