Nampaknya berkemungkinan besar, Internet Explorer 9 didatangkan dengan sistem kemaskininya sendiri, dan tidak lagi bergantung kepada Windows Update seperti sebelumnya. Dengan ini, para pengguna Internet Explorer 9 boleh mengemas-kini pelayar web mereka kepada Internet Explorer 10 dan seterusnya dengan amat mudah sekali.
Kotak Dialog Yang Ditemui Pada Internet Explorer 9 Menawarkan Kemaskini Automatik [via]
Melalui Internet Explorer 9 yang dilepaskan baru-baru ini, salah satu kotak dialog ditemui, memperlihatkan yang mana ianya menyertakan sokongan untuk dikemaskini secara automatik kepada Internet Explorer 10 dengan mudah dan pantas.
Selain daripada Internet Explorer 9, baru-baru ini Mozilla turut sama melancarkan Firefox 4.0, manakala Google telah memperkenalkan Chrome 11 Beta, dan Opera Software telah memperkenalkan Opera 11.10 Beta. Nampaknya persaingan sihat antara para pembangun pelayar web membawakan pelbagai kebaikan kepada para penggunanya.