Telefon Pintar Android Yes4G Akan Membawakan Ruangan SIM?

Telefon Pintar Android Yes4G Akan Membawakan Ruangan SIM?

Diterbitkan pada Mac 28, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum. YTL Communication ataupun Yes4G kini sedang dalam proses membangunkan telefon pintar Android mereka tersendiri. Menariknya, kini beberapa ura-ura kedengaran memperkatakan yang mana walaupun Yes4G memperkenalkan idea telefon tanpa SIM melalui Yes Buzz, telefon pintar Android mereka kelak diperkatakan akan didatangkan bersama-sama satu slot SIM padanya.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi pada peringkat ura-ura, dan masih lagi belum dapat disahkan sepenuhnya. Pembangun telefon pintar Yes4G juga masih lagi tidak diketahui siapa. Namun, menurut Yes4G, ianya bukanlah keluaran Samsung, seperti mana beberapa produk keluaran mereka sebelum ini, termasuk Yes Buzz.

Spesifikasi telefon pintar tersebut juga masih samar-samar buat masa ini. Namun apa yang diketahui hanyalah dimana ianya akan membawakan skrin lebih besar daripada 4-inch, selain turut membawakan kamera hadapan, dan didatangkan bersama-sama aplikasi panggilan video terbina, membolehkan anda membuat panggilan video menggunakan internet kepada lebih 3 orang pada sesuatu masa. Tarikh pengenalannya disasarkan sekitar bulan Jun, namun mungkin ianya dianjakkan lagi.


TIPS & ULASAN