Carian
Maybank2U Memperkenalkan Lapisan Sekuriti Yang Baru
March 28, 2011 Aman

Nampaknya sejak daripada semalam, Maybank telah menambah lagi lapisan sekuriti pada laman web perbankan mereka, dimana kini terlebih dahulu para pengguna diminta untuk memilih suatu imej dan imej tersebut akan digunakan sebagai tambahan kepada kata laluan sedia ada.


Pilihan sekuriti baru pada Maybank2U [via]

Melaluinya, sekiranya anda log masuk, anda akan dipaparkan dengan beberapa pilihan imej dimana buat pertama kali, anda akan diminta untuk memilih imej pilihan anda, dan untuk kali seterusnya, ianya akan disusun secara rawak dengan pelbagai imej yang lain, dan anda terlebih dahulu perlu memilih imej pilihan anda sebelum dapat log masuk ke Maybank2U.

Perkara ini mungkin sebagai salah satu lapisan sekuriti tambahan memandangkan dengan pertambahan pelbagai laman-laman berbentuk phishing yang kini berfungsi dalam mencuri data-data pengguna dalam perbankan dalam talian.

Terima kasih Iskandar untuk tips.

Komen