Selain daripada permainan komputer yang sedang dibangunkan oleh pihak Les Copaque (LC Games Development), sebelum ini mereka turut sama pernah memperkenalkan sebuah aplikasi ringkas untuk pengguna iPhone, dikenali sebagai Pocket Ipin. Menariknya, kini pihak Les Copaque berbesar hati menawarkan 5 salinan khas untuk pembaca Amanz.
Bagi yang tidak mengenali Pocket Ipin, ianya merupakan suatu aplikasi berupa peliharaan maya (virtual pet), dimana anda boleh mengawal watak Ipin melakukan beberapa perkara, termasuk lompat, geletek dan macam-macam perkara lagi.
Para pengguna iPhone, iPod dan iPad yang berminat, boleh meninggalkan komen dibawah, dan lima pengguna pertama akan diberikan dengan kod promo aplikasi tersebut, membolehkan anda memuat-turun aplikasi tersebut secara percuma.
Terima kasih Les Copaque untuk kod promo tersebut.