Lanjutan daripada pengenalan Sony Ericsson Xperia Arc pada hari Sabtu yang lepas, kini ura-ura awal mula memperkatakan yang mana peranti Android 2.3 daripada Sony Ericsson itu akan dilancarkan oleh Maxis pada bulan April ini, dan akan membawakan harga jualan sekitar RM2099.
Sony Ericsson Xperia Arc [via]
Sony Ericsson Xperia Arc dijangka akan mula dijual dipasaran tempatan bermula bulan Mei ini, dan sekiranya benar ianya ke Maxis, harga peranti yang didatangkan bersama-sama pakej Maxis semestinya lebih murah, kerana sebahagiannya akan disubsidi oleh Maxis sendiri.
Namun begitu, perkara ini masih lagi ura-ura tanpa sebarang pengesahan daripada pihak Maxis, mahupun Sony Ericsson Malaysia buat masa ini. Satu-satunya perkara yang diperkatakan oleh Sony Ericsson Malaysia adalah dimana harganya akan menjadi amat kompetitif, dan akan mengejutkan pelbagai pihak.