Les Copaque Memperlihatkan Permainan Upin dan Ipin Melalui Video Terbaru Mereka

Les Copaque Memperlihatkan Permainan Upin dan Ipin Melalui Video Terbaru Mereka

Diterbitkan pada Mac 28, 2011 oleh .

Selain daripada apa yang kami laporkan sebelum ini, kini pihak Les Copaque sendiri telah memuat-naik video pencapaian Les Copaque sehingga kini, dan menariknya pada penghujung video tersebut, beberapa rakaman skrin untuk permainan Upin dan Ipin turut sama disertakan.

Buat masa ini, segala info berkaitan dengannya masih lagi belum disahkan memandangkan mereka belum mendapat kata sepakat daripada pihak pelabur, namun begitu, pihak Les Copaque mensasarkan tarikh pelancaran sekitar 2012 bersama-sama dengan filem Laksamana Upin dan Ipin.

Walaubagaimanapun, memandangkan pihak Les Copaque melalui LC Games Development Inc seperti sedang membangunkan dua permainan berbeza, mungkin kita akan dapat melihat permainan berasaskan pendidikan Upin dan Ipin dilepaskan terlebih dahulu, jauh sebelum permainan Laksamana Upin dan Ipin yang dijangka dilancarkan bersama-sama dengan filem Laksamana Upin dan Ipin.


TIPS & ULASAN