Apple Bakal Memperlihatkan Mac OS X Lion Dan iOS5 Pada WWDC

Apple Bakal Memperlihatkan Mac OS X Lion Dan iOS5 Pada WWDC

Diterbitkan pada Mac 28, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, kini ianya sah yang mana Apple bakal memperlihatkan masa depan sistem operasi Mac OS X mereka, bersama-sama dengan sistem operasi iOS pada WWDC 2011 yang bakal diadakan selama lima hari bermula daripada 6 Jun kelak.

Apple telah pun memulakan pendaftaran untuk acara tersebut, dimana tiketnya boleh didapati pada harga hanya $1,599. Selain memperlihatkan masa depan untuk sistem operasi mereka, Apple juga dijangka akan membawakan lebih daripada 100 sesi teknikal untuk para pembangun, yang mana dibawakan terus para pembangun Apple.

Selain daripada itu, beberapa laporan awal turut memperkatakan yang mana berkemungkinan besar Apple tidak akan memperkenalkan generasi baru iPhone padanya, seperti mana yang dilakukan sebelum-sebelum ini.


TIPS & ULASAN