Cari @ Amanz

Setelah membawa masuk Nexus S, kini Maxis bakal memperkenalkan satu lagi peranti baru yang berasaskan Android, iaitu HTC Flyer. Ianya dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi, menyaksikan Maxis terus menambah koleksi tawaran tablet mereka selepas Huawei Ideos S7 dan Samsung Galaxy Tab.

HTC Flyer menggunakan Android dengan antaramuka Sense sepertimana produk-produk HTC yang lain, dan membawakan skrin sentuh seluas 7-inch. Selain daripada itu, HTC Flyer turut sama membawkan CPU berkelajuan sehingga 1.5GHz, dengan ruangan terbina sehingga 32GB dan RAM 1GB. Ianya turut sama didatangkan dengan kamera hadapan 1.3 megapixel untuk panggilan video, serta kamera belakang 5-megapixel dengan keupayaan autofokus.

Buat masa ini, harga untuk HTC Flyer masih lagi tidak diketahui, namun jangkaan awal memperkatakan yang mana ianya akan berharga lebih daripada RM2,000.

Our next device for the #Maxis10 Reviewers Programme is the new tablet, the HTC Flyer! Want to review it? http://bit.ly/Maxis10 to sign up!less than a minute ago via web

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd