Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini ianya sah yang mana Lelong.my bakal mengadakan pameran e-commerce mereka di Malaysia, dan ianya bakal diadakan diantara 12 Ogos hingga 14 Ogos di Mod Valley. Buat masa ini, info mengenainya masih lagi tidak berapa diketahui, dan ianya akan diumumkan oleh Lelong.my menjelang 1 April kelak.
Laman baru dengan pelbagai info berkenaan dengan pameran e-commerce kelak akan dipamerkan pada halaman rasmi mereka. Ianya juga bakal menjadi pameran perniagaan atas talian yang pertama di Malaysia, sekaligus akan menarik lebih ramai pengguna mengubah tanggapan pada perniagaan atas talian.
Kami akan menyediakan lebih informasi berkaitan dengannya sebaik sahaja kami mendapat info tambahan berkaitan dengannya.