Carian
Microsoft Malaysia Melancarkan Internet Explorer 9
March 29, 2011 Aman

Setelah melancarkan Internet Explorer 9 secara rasmi pada dua minggu yang lepas, hari ini, Microsoft Malaysia secara rasminya telah melancarkan pelayar web generasi baru mereka itu di Malaysia, memperlihatkan pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh pelayar web Internet Explorer 9 itu.

Menurut Microsoft, pelayar web merupakan salah aplikasi yang amat digunakan lama oleh para pengguna Windows, dan dengan kemaskini Internet Explorer 9 ini, ianya membolehkan para pengguna menikmati pelayaran web yang lebih menarik dan pantas berbanding sebelumnya.

Sebelum Internet Explorer 9 dibangunkan sebelum ini, Microsoft mengatakan mereka telah mengadakan sebuah bancian ringkas, dan melalui bancian tersebut, mereka mendapati yang mana lebih 91% daripada pengguna tempatan inginkan kepantasan sebagai salah satu fungsi utama dalam pelayaran web mereka. Selain daripada kepantasan, para pengguna tempatan juga inginkan ciri keselamatan yang dipertingkatkan pada pelayar web mereka.

Jadi, mengambil bancian daripada lebih 11 negara berasingan, Microsoft telah membangunkan pelayar web Internet Explorer 9 yang mana membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru, termasuk ciri keselamatan yang dipertingkatkan, masa respon pelayar web yang lebih pantas, sokongan hardware acceleration, kebolehan untuk mengelakkan pelayaran web anda dikesan oleh pihak ketiga dan banyak lagi.

Selain daripada itu, Internet Explorer 9 yang dibangunkan untuk sistem operasi Vista dan Windows 7 ini turut sama membawakan sokongan pin laman pada taskbar, dan juga sokongan jumplist seperti pada aplikasi lain Windows 7, memudahkan para pengguna untuk menggunakan suatu web itu, sebagai satu aplikasi, dan mengaksesnya dengan lebih pantas lagi.

Para pengguna Windows Vista dan juga Windows 7 boleh memuat-turun Internet Explorer 9 dan nikmati pelbagai fungsi menarik yang dibawakan oleh Microsoft secara percuma kepada semua pengguna.

Komen