Mozilla Melancarkan Firefox 4 Untuk Android Dan Maemo

Mozilla Melancarkan Firefox 4 Untuk Android Dan Maemo

Diterbitkan pada Mac 29, 2011 oleh .

Setelah melancarkan Firefox 4.0 versi desktop kepada semua, kini Mozilla turut sama melancarkan perisian Firefox mudah-alih mereka kepada para pengguna peranti mudah-alih Android dan Maemo, iaitu Firefox 4.0 Mobile.

Melalui Firefox 4 Mobile, Mozilla membawakan beberapa perkara baru pada pelayar web versi mudah-alih mereka itu, dimana ianya kini membawakan sokongan pelayaran dengan tab, sokongan add-ons, dan juga pada masa yang sama membolehkan ianya sync dengan lebih bagus lagi dengan Firefox versi desktop anda, sekaligus memudahkan penggunaan pelayar web anda.

Walaubagaimanapun, Firefox 4 Mobile tidak membawakan sokongan Flash buat masa ini, dan mereka lebih menumpukan perhatian pada HTML5 dan CSS buat masa ini. Namun begitu, ianya mungkin akan diperkenalkan dalam versi akan datang, namun tidak diketahui bila buat masa ini.

Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun pelayar web yang lebih 3 kali ganda lebih pantas daripada pelayar web biasa padanya terus daripada Android Market. Manakala pengguna Maemo boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi Mozilla secara percuma.


TIPS & ULASAN