Carian
Pemfailan Cukai Melalui Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan
March 30, 2011 Aman

Pada acara Anugerah ICT NEF-Awani yang lepas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memenangi anugerah perkhidmatan e-kerajaan pilihan, dan kini mereka ingin terus memudahkan perkhidmatan memfail cukai secara atas talian dengan memperkenalkan aplikasi mesra telefon pintar pada tahun hadapan.

Digicert Sdn Bhd memperkatakan yang mana kini pihak mereka sedang dalam melakukan beberapa ujian dalam memastikan sistem pemfailan atas talian mereka itu mesra peranti mudah-alih, terutamanya telefon pintar, selain turut sama memastikan aspek sekuriti mereka diambil-berat, dalam melindungi maklumat para pengguna mereka.

Nampaknya, kini dengan dunia teknologi yang bergerak pantas, semua pihak tidak ingin ketinggalan, termasuk pihak LHDN sendiri. Tahun hadapan semestinya ianya akan memudahkan pelbagai pihak dalam memfailkan cukai mereka, sekaligus menjadikan sistem lebih pantas dan mudah diuruskan lagi.

Kredit : The Star

Komen