Cari @ Amanz

IE9 – Pelayar Web Yang Paling Menjimatkan Tenaga Elektrik

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft benar-benar telah membangunkan suatu pelayar web yang menarik, dimana melalui suatu ujian ringkas yang dilakukan oleh mereka, kini Microsoft memperlihatkan yang mana Internet Explorer 9 merupakan pelayar web yang paling menjimatkan tenaga berbanding beberapa pelayar web yang lain.

Melalui ujian tersebut, Microsoft telah membandingkan Internet Explorer 9 bersama-sama dengan Opera 11, Firefox 4, Chrome 10 dan juga Safari 5 dan menggunakan komputer riba Intel. Walaupun ujian ini mungkin tidak membawa maksud kepada beberapa pihak, kini pada dunia yang inginkan kita melayari internet walaupun ketika bergerak, dapat menjimatkan bateri walaupun untuk beberapa minit amat bermakna sekali.


Komen ()