Google Voice Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia

Google Voice Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Mac 30, 2011 oleh .

Salah satu aplikasi menarik daripada Google yang terdapat pada Android, BlackBerry, iPhone dan beberapa aplikasi lain adalah Voice Search. Menariknya, hari ini pihak Google telah pun mengumumkan yang mana Google Voice Search akan didapati dalam Bahasa Malaysia.

Dengan sokongan Bahasa Malaysia, kini para pengguna boleh melakukan carian suara menggunakan peranti mudah-alih anda, dan tidak lagi perlu menaip secara manual seperti sebelumnya. Selain daripada itu, Google Voice Search turut sama didatangkan bersama-sama dengan beberapa aplikasi lain melalui Google Mobile, termasuk GMail, Maps dan yang lain-lain.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Google Mobile dan nikmati pelbagai fungsi baru yang didatangkan dalam bahasa Malaysia.


TIPS & ULASAN