Lanjutan daripada ura-ura berkaitan mana RIM bakal melancarkan BlackBerry Messenger untuk pengguna Android dan iPhone, kini ianya diperkatakan yang mana BlackBerry Messenger akan boleh didapati melalui AppStore bermula 26 April ini. Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi tidak disahkan dan dikategorikan ura-ura buat masa ini.
BBM Pada iOS – Gambar Sekadar Hiasan [via]
Sehingga kini, pihak RIM masih lagi belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan aplikasi BBM untuk platform pihak ketiga. Melalui ura-ura sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana aplikasi BBM untuk Android dan iPhone akan membawakan beberapa fungsi asas, membolehkan mereka bersembang dengan rakan-rakan BlackBerry mereka dengan mudah.
Sebelum ini, RIM telah mengumumkan yang mana melalui BlackBerry PlayBook mereka kelak, mereka akan menyokong aplikasi Android padanya, membolehkan pengguna tablet BlackBerry itu mengakses lebih 200,000 aplikasi Android yang terdapat sekarang.