Setelah beberapa gambar Windows 8 versi pembangunan yang diperlihatkan sebelum ini, kini gambar-gambar paparan skrin pemasangan sistem operasi Windows 8 mula kelihatan, memperlihatkan bagaimana para pengguna boleh memasangnya dengan mudah dan pantas.
Paparan skrin yang diperlihatkan oleh WinReview, dimana skrin pemasanganya diperkatakan diinspirasikan daripada antaramuka Metro dari Microsoft. Buat masa ini, ianya sedia maklum yang mana pembangunan Windows 8 telah pun memasuki Milestone 3, iaitu fasa terakhir sebelum versi beta diperkenalkan kepada umum.
Selain daripada itu, antaramuka desktop untuk Windows 8 masih lagi belum memperlihatkan sebarang perubahan buat masa ini. Namun mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.