Groupon Malaysia Mencapai 100,000 Orang Pengguna

Groupon Malaysia Mencapai 100,000 Orang Pengguna

Diterbitkan pada Mac 30, 2011 oleh .

Lebih pantas daripada yang dijangkakan, kini Groupon Malaysia, ataupun yang mana turut dikenali sebagai GroupsMore telah pun mencapai lebih daripada 100,000 pengguna. Sebelum ini, mereka mengambil masa lebih 4 bulan untuk mencapai 50,000 pengguna, dan hanya dua bulan lebih untuk mengandakannya.

Selain daripada angka pengguna yang melangkaui 100,000 orang pengguna, jumlah penjimatan juga sudah pun melangkaui angka RM4 juta, dengan lebih daripada 36 ribu baucer yang dibeli melalui laman Groupon Malaysia.

Sepanjang tahun ini, Groupon Malaysia bercadang untuk terus memperluaskan perkhidmatan mereka, dengan memperkenalkan di lebih banyak negeri di Malaysia, dan menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.

Selain daripada menyediakan baucer-baucer untuk pengguna, Groupon Malaysia turut sama terlibat dalam sumbangan komuniti, dimana baru-baru ini mereka telah mengumpulkan dana kepada para penduduk Jepun yang mengalami bencana baru-baru ini, menyumbangkan hampir RM62k untuk mereka.


TIPS & ULASAN