Cari @ Amanz

Sebelum ini kedengaran pelbagai ura-ura berkaitan Google +1, namun tiada berita tambahan mengenainya sehingga kini. Hari ini, Google melancarkan perkhidmatan Google +1, yang mana membawakan fungsi lebih kurang seperti “Like” pada Facebook, mahupun “RT” pada Twitter.


Kebenaran Diminta Pihak Google Terlebih Dahulu

Ianya bukanlah salah satu fungsi toolbar seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, namun ianya membolehkan para pengguna untuk berkongsi carian Google Search kegemaran, dan mungkin tidak lama lagi kandungan diseluruh web tidak lama lagi.

Google +1 ini merupakan salah satu nilai tambah kepada carian sosial yang terdapat pada Google, dimana para pengguna boleh berkongsi carian menarik, selain pada masa yang sama turut membuat +1 pada iklan-iklan yang dipaparkan pada carian Google. Selain itu, Google juga turut memperkatakan yang mana data daripada Google +1 adalah akan diperlihatkan kepada umum.


Butang +1 Pada Carian Google


Tab +1 Pada Google Profiles

Google +1 juga turut sama secara langsung diintegrasikan pada Google Profiles yang baru-baru ini menerima nafas baru. Google +1 diperlihatkan melalui suatu tab tambahan pada profail anda di Google Profiles, memperlihatkan hasil-hasil carian yang telah anda +1-kan.

Mungkinkah dengan Google +1, Google bakal memenangi kembali pengguna untuk bersosial melalui laman mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd