Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Home

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Home

Diterbitkan pada Mac 31, 2011 oleh .

Sekiranya sebelum ini kami pernah memperkatakan mengenai Maxis Home, yang dijangkakan sebagai perkhidmatan IPTV mereka, nampaknya ianya bukan sekadar itu, malah lebih daripada itu. Melalui Maxis Home, Maxis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan internet jalur-lebar, panggilan suara, kandungan interaktif dan banyak lagi.

Menariknya, memandangkan sebelum ini Maxis dan Telekom Malaysia pernah menanda-tangani sebuah perjanjian, ianya membolehkan para pengguna yang disambungkan menggunakan talian TM turut sama boleh menikmati perkhidmatan Maxis Home ini.

Secara ringkasnya, melalui Maxis Home, Maxis menawarkan beberapa pakej jalur-lebar, yang mana turut sama didatangkan bersama-sama perkhidmatan VoIP, dan beberapa nilai tambah yang lain pada kadar serendah RM128 untuk 4Mbps dengan kuota 30Gb; RM158 untuk 6Mbps dengan kuota 60Gb, RM218 untuk 10Mbps dengan kuota 100Gb.

Maklumat lanjut menyusul.


TIPS & ULASAN