Cari @ Amanz

Segalanya Mengenai Perkhidmatan Maxis Home

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti yang sedia maklum, hari ini Maxis Berhad, salah satu penyedia syarikat telekomunikasi di Malaysia telah pun melancarkan perkhidmatan jalur-lebar mereka dengan memberi nafas baru, dipanggil sebagai Maxis Home, yang mana selain jalur-lebar, ianya turut didatangkan bersama-sama pelbagai nilai tambah yang menarik.

Apa Itu Maxis Home?

Maxis Home adalah pelan internet jalur-lebar dengan pelbagai nilai tambah yang mana ditujukan khas untuk para pengguna di kawasan kediaman buat masa ini. Maxis Home ditujukan khas untuk para pengguna dikawasan yang disambungkan melalui kabel fiber optik diseluruh dunia. Melalui Maxis Home, selain internet jalur-lebar berkelajuan tinggi, Maxis turut menawarkan khidmat suara, kandungan yang diperkaya, dan pelbagai perkara lain lagi yang boleh dinikmati melalui pelbagai peranti, samaada komputer, tablet, telefon pintar, mahupun televisyen.

Kawasan Liputan Maxis Home

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Maxis Home disokong disemua kawasan yang disambungkan melalui kabel fiber optik, samaada milik TM ataupun Maxis. Perkara ini membolehkan kawasan-kawasan yang disokong oleh UniFi turut sama disokong Maxis Home, dan dengan tambahan kawasan-kawasan yang disokong oleh FTTH daripada Maxis sendiri.

Pakej dan Pelan Maxis Home

Bermula hari ini, Maxis telah mengemaskini pakej perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka dengan tiga pelan baru, iaitu internet berkelajuan 4Mbps dengan kuota 30GB pada harga RM128, 6Mbpd dengan kuota 60GB pada harga RM158, dan 10Mbps dengan kuota 100GB pada harga cuma RM218.

Semua pelan dikenakan caj pemasangan sebanyak RM200, dan para pengguna perlu mengikat kontrak bersama Maxis selama lebih kurang 24 bulan.

Untuk perkhidmatan suara VoIP, Maxis mengenakan caj panggilan sebanyak RM0.09 seminit untuk ke sebarang talian mudah-alih dan talian tetap diseluruh negara.

Perkhidmatan Nilai Tambah Yang Ditawarkan Maxis Home

Maxis menawarkan beberapa perkhidmatan nilai tambah bersama-sama internet jalur-lebar berkelajuan tinggi, iaitu termasuk OneMusic – muat turun video dan lagu secara percuma, Internet Security – lindungi komputer daripada pelbagai perkara yang tidak diingini, WebTV – perkhidmatan IPTV daripada Maxis, MyMaxis Inbox – melihat emel dari pelbagai akaun secara terus melaluinya.

Maxis Home vs TM UniFi

Jikalau dilihat daripada harga, semestinya TM UniFi tampak lebih murah lagi, dimana harganya bermula RM149 untuk 5Mbps, RM199 untuk 10Mbps, dan RM249 untuk 20Mbps. Buat masa ini, TM masih belum mengaktifkan sistem kuota mereka sepenuhnya, dan dijangka akan memperkenalkannya kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Selain daripada itu, TM melalui HyppTV menawarkan lebih banyak saluran kepada para pengguna. Buat masa ini, Maxis Home hanya menawarkan sekitar lima saluran sahaja untuk penggunannya. Namun begitu, berkemungkinan besar, ianya akan berubah, memandangkan mungkin beberapa saluran daripada Astro diintegrasikan padanya.

Pengguna?

Mungkin dengan penyertaan Maxis Home dalam persaingan penawaran jalur-lebar berkelajuan tinggi, TM barangkali akan mengemaskini kembali pakej mereka, selain Time yang kini ingin terus memperluaskan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka. Dengan persaingan sihat, pada masa depan, harganya akan lebih menjadi murah, sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan tersebut.


Komen ()