Cari @ Amanz

Selain daripada antaramuka dashboard baru untuk Blogger yang masih belum diperkenalkan lagi, hari ini Blogger memperkenalkan lima cara melihat blog Blogger yang baru, yang mana mengguna-pakai pelbagai teknologi baru, termasuk AJAX, HTML5, CSS3, sekaligus membolehkan anda melihat blog dalam lebih lima bentuk berbeza.

Buat masa ini, Blogger memperkenalkan lebih lima cara dinamik yang baru untuk melihat blog, iaitu dalam bentuk Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan juga Timeslide. Masing-masing dengan bentuk berbeza, memudahkan anda untuk melihat dan membaca kandungan sesuatu blog itu dengan lebih menarik dan interaktif lagi.

Selain daripada itu, beberapa perkara baru yang ditambah oleh Blogger termasuk sokongan skrol infiniti, dimana anda boleh membaca pelbagai artikel yang lepas tanpa perlu klik pada halaman seterusnya, serta lebih interaktif lagi berbanding sebelumnya.

Untuk membaca sesuatu blog yang dihoskan Blogger dalam bentuk baru ini, para pengguna hanya perlu menambah /view pada penghujung blog alamat blog mereka, dan seterusnya menikmati blog dalam bentuk yang diingini dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd