Carian
Laman Iklaneka – Mau.my Diberikan Nafas Baru
April 1, 2011 Aman

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini laman jualbeli yang sedang meningkat-naik namanya, Mau.my telah pun diberikan nafas baru. Bersama-sama dengan rekabentuk laman yang serba baru dan santai, Mau.my juga turut sama memperkenalkan beberapa fungsi baru untuk para penggunanya.


Antaramuka Baru Mau.my

Selain rekabentuk baru lama, kini Mau.my turut sama membolehkan para penggunannya menggunakan URL yang lebih menarik untuk halaman mereka pada Mau.my, dimana kini anda boleh mendapatkan URL http://mau.my/namapengguna.

Selain daripada itu, laman Mau.my juga turut sama diintegrasikan bersama-sama dengan Google Maps, serta fungsi Facebook Comment. Ini merupakan sebahagian daripada usaha pembangun Mau.my dalam menjadikan laman jualbeli mereka lebih sosial. Ianya juga turut sama diperkatakan yang mana mereka sedang berkira-kira untuk memperkenalkan fungsi lencana, seumpama FourSquare dan Gowalla pada halaman web mereka.

Pembangun Mau.my juga dijangka akan memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Facebook mereka dalam masa beberapa hari lagi. Aplikasi Mau.my untuk para pengguna iPad, iPhone, Android dan BlackBerry juga dijangka akan menyusul tidak lama lagi.

Komen