Cari @ Amanz

Nampaknya, kini Google dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah aplikasi mudah-alih yang akan membolehkan para pengguna menangkap gambar muka seseorang, dan seterusnya mengakses informasi berkaitan mereka melaluinya dengan mudah dengan lebih pantas lagi.

Ianya mungkin akan menjadi nilai tambah bagi projek Goggles mereka yang membolehkan carian dilakukan dengan pantas dengan hanya menangkap gambar sahaja. Walaubagaimanapun, setiap pengguna perlulah terlebih dahulu bersedia berkongsi maklumat melalui Google Profiles mereka masing-masing sebelum data tersebut boleh dikongsikan.

Antara data-data yang mungkin akan dikongsikan, termasuklah nama, nombor telefon, alamat emel dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Google kini selain membangunkan aplikasi tersebut, pada masa yang sama sedang memberikan perhatian serius pada privasi. Ketika pelancarannya kelak, mereka memerlukan sebuah sistem dan modul privasi yang benar-benar berfungsi supaya ianya tidak ditentang oleh semua pengguna.

Kemaskini (3.40 pagi / 01 April) : Google mengatakan yang mana mereka tidak membangunkan aplikasi sedemikian, dan tidak akan memperkenalkan fungsi pengecaman wajah pada aplikasi mereka, melainkan mereka mempunyai modul privasi yang bertepatan dan berpatutan. [via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd