Walaupun kadangkala kelakar untuk melihat apa yang diperlihatkan oleh Google, ianya menarik untuk melihat kreativiti mereka. Melalui GMail Motion, Google memperkatakan yang mana kini anda tidak lagi memerlukan papan kekunci dan tetikus untuk membalas dan membaca emel anda.
Selain daripada memudahkan para pengguna membaca dan membalas emel dengan mudah, GMail Motion turut sama menjadikan para pengguna lebih sihat, dengan bergerak lebih aktif dihadapan komputer anda. Dan, mungkin juga GMail Motion akan diperkenalkan pada Google Docs tidak lama lagi.