Google Memperkenalkan Jawatan Google Autocompleter

Google Memperkenalkan Jawatan Google Autocompleter

Diterbitkan pada Apr 1, 2011 oleh .

Selain GMail Motion, Google meneruskan lawak April Fool mereka dengan memperkatakan yang mana mereka sedang mencari pekerja untuk jawatan Google Autocompleter, yang mana bertugas untuk menyediakan pelbagai cadangan pada Google Search ketika pengguna mula menaip.

Bagi yang benar-benar tertanya-tanya, sebenarnya bukanlah manusia yang menyediakan cadangan-cadangan tersebut. Namun ianya sesuatu yang menarik untuk Google memperlihatkan sesuatu yang kelakar disebalik teknologi mereka.

Jadi, sekiranya anda menghafal setiap lagu dan lirik, nama-nama setiap filem, watak-watak dan artis, membaca pelbagai jenis buku, dan memang amat pandai mengeja, anda patut memohon untuk jawatan Google Autocompleter.


TIPS & ULASAN