Google Friendship – Lawak Rangkaian Sosial Dari Google?

Google Friendship – Lawak Rangkaian Sosial Dari Google?

Diterbitkan pada Apr 1, 2011 oleh .

Google seperti tidak kering idea untuk kreativiti April Fools mereka, dimana selain GMail Motion dan mencari pekerja Google Autocompleter, mereka turut sama memperkenalkan laman sosial Google Friendship, yang mana kelihatan hampir serupa seperti Facebook.

Mungkin ini merupakan salah satu jawapan Google untuk pelbagai ura-ura yang memperkatakan yang mana mereka sedang membangunkan laman sosial. Sebelum ini, Google diperkatakan yang sedang membangunkan laman sosial dibawah nama Google Me, yang kemudiannya diperkatakan Google akan memperkenalkan Google Circles pada bulan Mei ini.


TIPS & ULASAN