Carian
Video Pertama Pada Zaman Dahulu Diperlihatkan
April 1, 2011 Aman

Bagi para peminat Les Copaque yang ternanti-nanti video pertama bagi siri animasi Pada Zaman Dahulu, kini anda sudah boleh melihatnya, dimana pihak Les Copaque memperlihatkan preview bagi animasi mereka yang serba baru itu. Sehingga kini tarikh pelancarannya masih belum diketahui lagi.

Melalui Pada Zaman Dahulu, Les Copaque menguji cara render animasi yang serba baru, dan berbeza sekali dengan Upin dan Ipin. Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan kelak akan disiarkan di kaca televisyen dalam bentuk siri, sama seperti siri Upin dan Ipin sebelum ini.

Komen