Xperia Arc Akan Dilancarkan Rabu Depan Bersama Maxis

Xperia Arc Akan Dilancarkan Rabu Depan Bersama Maxis

Diterbitkan pada Apr 1, 2011 oleh .

Setelah Sony Ericsson Malaysia memperlihatkan terlebih dahulu peranti terbaru daripada mereka, Sony Ericsson Xperia Arc, kini ianya sah yang mana Xperia Arc akan turut sama dijual oleh Maxis bermula daripada minggu hadapan, 6 April.

Xperia Arc

Xperia Arc
Xperia Arc Akan Didatangkan Dalam Dua Warna Berbeza [via]

Harga pelancarannya masih lagi belum diketahui sehingga kini, namun ura-ura awal memperkatakan yang mana Xperia Arc mungkin akan dijual pada harga RM2099. Namun begitu, harga selepas didatangkan bersama-sama dengan pakej dan pelan Maxis ianya mungkin jauh lebih murah.

Mungkin bulan ini sahaja akan menjadi antara bulan paling banyak peranti dilancarkan dan dibawa masuk oleh Maxis, dimana sebelum ini ianya telah diperkatakan yang mereka akan membawa HTC Flyer, dan HTC Desire S.


TIPS & ULASAN