Skrin Log Masuk Windows 8 Mula Kelihatan

Skrin Log Masuk Windows 8 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 2, 2011 oleh .

Selain daripada beberapa paparan skrin yang pernah diperlihatkan sebelum ini, kini paparan skrin log masuk ke Windows 8 turut sama mula kelihatan di internet, yang mana memperlihatkan Microsoft cuba mengintegrasikan antaramuka Metro pada Windows 8, menjadikannya kelihatan sama seperti Windows Phone.

Ianya masih lagi pada peringkat pembangunan seperti semua maklum, dimana kini ianya berada pada fasa Milestone 3. Jadi, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi-fungsi baru diintegrasikan pada skrin log masuk mereka tidak lama lagi.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Windows 8 Beta seawal penghujung tahun ini, membolehkan para pengguna mengujinya terlebih dahulu sebelum ianya dilancarkan pada tahun 2012, ataupun awal tahun 2013 kelak.


TIPS & ULASAN