Cari @ Amanz

Selain daripada pelayar web desktop Firefox yang akan menerima pelbagai kemaskini sepanjang tahun ini, Mozilla juga turut sama merancang untuk memperkenalkan pelbagai kemaskini untuk pelayar web Firefox Mobile, dimana berkemungkinan besar versi baru akan dilancarkan bersama-sama dengan versi desktop Firefox.

Buat masa ini, masih tidak diketahui sepenuhnya mengenai perancangan untuk Firefox Mobile 5, namun salah satu fungsi baru yang dijangka akan diperkenalkan pada versi akan datang Firefox Mobile adalah sokongan untuk hardware acceleration, sama seperti mana yang diperkenalkan pada versi desktop mereka sebelum ini.

Maklumat lanjut mengenai pembangunan Firefox Mobile dijangka akan diketahui tidak lama lagi. Buat sementara itu, para pengguna Android dan Maemo boleh menikmati Firefox Mobile 4 yang mana membawakan pelayaran lebih menarik daripada pelayar web lalai padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd