Facebook Menserasikan Halaman Mudah-Alih Mereka

Facebook Menserasikan Halaman Mudah-Alih Mereka

Diterbitkan pada Apr 3, 2011 oleh .

Facebook kini secara rasminya telah pun mengumumkan yang mana mereka telah pun menserasikan laman mudah-alih Facebook, iaitu m.facebook.com dan juga touch.facebook.com, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang serupa kepada pelbagai pengguna daripada peranti mudah-alih.

Perkara ini, sekaligus memudahkan para pembangun Facebook, dimana kini mereka hanya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara sahaja, dan segala kemaskini boleh diperkenalkan kepada semua pengguna mudah-alih dengan mudah dan pantas.

Selain daripada keserasian yang diperkenalkan, laman mudah-alih Facebook juga turut sama kini menyokong fungsi geolokasi, yang mana membolehkan anda menggunakan fungsi Facebook Places. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan telefon pintar, mungkin anda lebih gemar menggunakan aplikasi yang dibina khasnya, membawakan pelbagai nilai tambah daripada halaman mudah-alih ini.


TIPS & ULASAN