Cari @ Amanz

Sehingga kini, spesifikasi mengenai iPhone generasi akan datang, iaitu iPhone 5 masih lagi tidak diketahui lagi. Namun begitu, hari ini, secara tidak sengaja, CEO Sony telah memperkatakan yang mana mereka akan menyediakan sensor gambar kepada Apple untuk telefon pintar iPhone generasi akan datang.

Dalam sebuah temuramah khas, Sony secara tidak sengaja mengatakan yang mana gempa bumi baru-baru ini telah mengakibatkan beberapa kerosakkan pada 15 kilang-kilang Sony di Jepun, sekaligus menjadikan proses penghantaran sensor kepada Apple.

Beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana Sony akan menyediakan sensor gambar 8-megapixel untuk iPhone 5. Seperti sedia maklum, Sony mempunyai teknologi kamera yang amat menarik sekali, dimana setiap telefon pintar keluaran mereka, sememangnya didatangkan dengan kamera dengan standard yang tersendiri, dan nampaknya Apple ingin mengintegrasikan teknologi kamera ini pada iPhone generasi akan datang mereka.

Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd