Microsoft Akan Memperkenalkan Antaramuka Ribbon Pada Windows 8?

Microsoft Akan Memperkenalkan Antaramuka Ribbon Pada Windows 8?

Diterbitkan pada Apr 3, 2011 oleh .

Nampaknya, kini evolusi antaramuka pertama untuk Windows 8 mula kelihatan, dimana setelah memperkenalkan antaramuka Ribbon pada Microsoft Office, kini nampaknya antaramuka yang sama akan turut sama diperkenalkan pada sistem operasi generasi baru Microsoft, yang dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini.

Melalui laman Within Windows yang sebelum ini memperlihatkan skrin log masuk ke Windows 8 bercirikan Metro, kini mereka memperlihatkan antaramuka Ribbon yang dijangka akan diperkenalkan pada Windows Explorer. Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mungkin antaramuka Ribbon pada Windows Explorer ini kelak akan mengalami sedikit perubahan pada versi akhirnya kelak.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum versi akhir lagi, da mungkin juga Microsoft akan memperkenalkan beberapa antaramuka pilihan yang lain kepada para pengguna supaya ianya tidak memakan ruangan skrin yang besar.


TIPS & ULASAN