Cari @ Amanz

Sejak minggu lepas, sebuah simbol berupa tanda infeksi mula tersebar dibeberapa dada akhbar, selain video YouTube dan juga beberapa blog yang menulis mengenainya. Ianya kini diketahui bahawa perkara ini merupakan salah satu promosi yang dilakukan oleh Celcom untuk suatu perkhidmatan baru mereka bernama Celcom Kolony.

Daripada nama Kolony, berkemungkinan besar mungkin Celcom akan memperkenalkan suatu perkhidmatan panggilan suara dan SMS yang murah untuk pengguna dalam sesuatu kelompok itu. Perkara ini masih lagi jangkaan awal kami, dan video, gambar dan simbol tersebut merupakan salah satu kaedah pemasaran baru daripada Celcom untuk memperkenalkan produk baru mereka ini. Nama domain Kolony.com.my turut sama telah didaftarkan bawah nama Celcom.

Celcom dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka ini seawal minggu ini, berkemungkinan besar pada hari Jumaat ini. Namun begitu, ianya masihlah tarikh jangkaan, dan mungkin berubah pada bila-bila masa sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd