DealHunters – Laman Aggregator Tawaran Dan Diskaun Harian

DealHunters – Laman Aggregator Tawaran Dan Diskaun Harian

Diterbitkan pada Apr 4, 2011 oleh .

Dengan bilangan laman-laman tawaran harian yang semakin meningkat daripada hari ke hari, semestinya sukar untuk anda untuk mengikuti setiap diskaun yang ditawarkan. Kini, perkara itu boleh diatasi, apabila DealHunters membawakan koleksi tawaran dan diskaun harian daripada pelbagai laman untuk diikuti terus daripada Facebook.

Kini, dengan adanya DealHunters, para pengguna tidak lagi perlu menyemak emel dan laman-laman tawaran harian tersebut setiap hari, dimana untuk memudahkan anda, anda hanya perlu menyemak halaman DealHunters pada Facebook, dan boleh mengikuti pelbagai perkembangan terus daripadanya.

Ianya juga turut sama diperlihatkan dalam antaramuka yang amat menarik sekali, selain turut menyertakan kategori dan lokasi, untuk memudahkan anda mengetahui sesuatu tawaran itu dengan lebih lanjut lagi. Buat masa ini, mereka menarik data daripada lebih 16 laman tawaran harian untuk memudahkan para pengguna tempatan, dan mungkin angka tersebut akan berkembang dari semasa ke semasa.


TIPS & ULASAN