Cari @ Amanz

Rovio terus membuat pelbagai kejutan menarik dalam industri permainan mudah-alih, dimana terkini mereka mengumumkan yang mana Angry Birds Rio telah pun dimuat-turun lebih 10 juta kali dalam tempoh hanya 10 hari sahaja.

Permainan Angry Birds versi baru daripada Rovio ini membolehkan para pengguna telefon pintar skrin sentuh, seperti iPhone dan Android bermain dengan mengawal burung untuk menyerang atau menyelamatkan watak-watak lain dengan mudah.

Bagi yang tidak tahu, Angry Birds Rio membawakan beberapa watak baru, termasuk watak-watak daripada filem animasi mereka yang dijangka bakal ditayangkan pada 15 April ini.

Bagi para pengguna iPhone, anda boleh memuat-turunnya terus daripada AppStore seperti biasa, selain pengguna Android yang boleh mendapatkannya melalui Android Market, mahupun Amazon AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd