Firefox 5 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Firefox 5 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Diterbitkan pada Apr 4, 2011 oleh .

Dengan pelancaran Firefox 4 tempoh hari, seperti sedia maklum, Firefox 5 sudah pun mula dibangunkan. Dan kini, sedikit demi sedikit informasi berkaitan dengan pelayar web generasi akan datang daripada Mozilla ini mula kelihatan.

Melalui Firefox 5, pelayar web sumber terbuka yang diminati ramai ini kelak dijangka akan membawakan beberapa perkara baru menjadikan Firefox lebih sosial, termasuk sedikit perubahan pada antaramuka.


Tab Home Pada Firefox 5

Antara perkara baru yang dijangka akan diperkenalkan pada Firefox 5 kelak adalah, termasuk kebolehan untuk memilih lebih daripada satu tab seperti mana pada Chromium yang terkini, halaman tab baru, sokongan PDF yang diintegrasikan (seperti pada Chrome), dan juga diintegrasikan bersama-sama dengan pengurus identiti. Fungsi sosial juga turut diintegrasikan pada pelayar web, membolehkan anda berkongsi dengan lebih mudah dan pantas lagi.


Fungsi Berkongsi Pada Firefox 5

Buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih lagi belum diketahui, walaupun ianya dijangka akan diperkenalkan seawal 29 Jun kelak. Versi pembangunan Firefox kini menggunakan angka 4.2-pre-alpha.


TIPS & ULASAN