Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan StyleKandi? Kini nampaknya mereka sedang menghampiri fasa untuk membuka pendaftaran StyleKandi Beta kepada umum tidak lama lagi, namun, khas untuk anda, bagi beberapa pembaca Amanz terawal, kod jemputan disediakan, membolehkan anda mendaftar dan menggunakannya lebih awal daripada lain.

Bagi yang tidak mengenali StyleKandi, ianya merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh Antics Media, merupakan salah satu platform untuk para pengguna berkongsi inspirasi dari segi gaya hidup, fesyen, teknologi dan pelbagai perkara menarik lain lagi. Kemudiannya, rakan-rakan dan pengguna lain boleh mengundi, dan bertukar-tukar pendapat, sekaligus menjadikannya sebagai sebuah trend baru.

Bagi yang inginkan kod jemputan awal, tinggalkan komen anda dibawah. Buat masa ini kami mempunyai lebih 3 kod jemputan, dan akan meminta lebih daripada pihak StyleKandi mengikut permintaan pembaca.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd