Cari @ Amanz

Bermula daripada hari ini, Eric Schmidt yang menjadi CEO sehingga kini digantikan dengan Larry Page sebagai CEO untuk salah satu syarikat web paling popular didunia, iaitu Google. Sebelum ini, Eric Schmidt telah menjadi CEO selama lebih 10 tahun, iaitu bermula daripada tahun 2001.

Selama ini, Google telah menjadi salah satu syarikat internet yang amat berjaya, dan kini Eric Schmidt telah memperkatakan kepada media, yang mana Google dibawah Larry kelak akan menjadi lebih menarik lagi.

Google sehingga beberapa tahun yang lalu hanyalah menumpukan kepada enjin carian, serta beberapa perkhidmatan web yang lain sebelum memulakan beberapa trend baru dibawah syarikat mereka. Kini, Google bukan sahaja syarikat enjin carian terkemuka, sebaliknya turut menceburi bidang robotik, platform mudah-alih Android, sistem operasi Chrome OS, pelayar web Chrome, membangunkan jalur-lebar, serta turut sama menceburi industri automotif dan GPS.

Memandangkan kini lebih menumpukan perhatian kepada perkara-perkara teknikal, Larry Page amat sesuai sekali. Selain daripada itu, Eric Schmidt masih akan kekal dalam Google sebagai Ketua Eksekutif, dan memfokuskan kepada perhubungan luar dan juga kerjasama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd