Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini pihak Lelong.my sendiri telah melancarkan halaman ECFair, dimana melaluinya mereka telah membuka pendaftaran untuk para pemilik kedai atas talian untuk mendaftar menyertai pameran perniagaan online pertama di Malaysia.
Pameran tersebut kelak akan diadakan antara 12 hingga 14 Ogos, di MidValley Exchibition Centre. Lelong.my menjangkakan dimana acara ini akan menarik lebih daripada 50,000 orang pengunjung.
Bagi para pemilik kedai atas talian, mahupun sebarang perniagaan atas talian, anda boleh menempah sebuah booth pada pameran tersebut, pada harga serendah RM750 untuk ahli Lelong.my, ataupun RM1,500 untuk bukan ahli. Bagi para pengunjung pula, mereka boleh memasuki ke pameran ini secara percuma.
Untuk makluman lanjut, para pengguna boleh secara terus melayari halaman EC Fair pada Lelong.my.